Pages

Wednesday, August 20, 2008

SEMANGAT KITA

Kawan-kawan ibarat adik beradik,ibarat cubit peha kanan peha kiri turut terasa..memang benar ramalan itu sebenarnya tapi kadang-kadang kita lupa kita ini banyak memberikan penderitaan pada sahabat atau kawan-kawan kita,banyak perkara yang remeh temeh kadang-kadang kita ambil sensitif.Perkara sebegini sememangnya tidak patut kita ambil tahu dan sepatutnya ia ibarat kita alphakan sahaja.Yelah....perkara sebegini seperti lipan menyorok kaki tapi hanya sia-sia...

Kadang-kadang mengalah itu tidak berertinya kita bersalah,betul apa yang kita cuba buat tapi keadaan yang tidak menentu turut mendesak kita supaya kita tidak ambil peduli apa yang terjadi sebenarnya.Contoh yang dapat kita andaikan disini seperti andai kawan kita tidak mengambil kisah apa yang kita buat,atau tidak mengajak kita pergi berjalan-jalan tapi hanya mengajak teman yang lain tidak perlu sebenarnya kita memasam muka,tapi ambil yang positif sebenarnya apa yang terjadi.

Banyak yang belum aku ketahui sebenarnya erti sahabat ini,tapi bagi kisah ini ia patut kit renungkan dimana salah kita sebenarnya.Adakah kita bersalah atau kita yang benar rupanya.Tidak perlu menegakkan benang yang basah kalau ia hanya menunjukkan masalah yang lain,tapi kita perlu lebih dewasa dan matang pemikiran yang ada bagi atasi masalah ini.

Bagi aku sendiri banyak yang aku terkilan mendapat sahabat seperti yang aku temui kini.yelah mereka hanya mementingkan diri serta tidak bergaul dengan mesra.Mungkin persekitaran yang tidak menentu dan gangguan psikologi mendorong kawan-kawan ku kini hanya mengabaikan semangat seperti itu.Tapi tidak kesemuanya mereka pandai juga dalam pergaulan.

Pokoknya disini apa yang penting kini hanyalah mengetahui kelemahan yang ada dan cara tanganinya.Seperti yang aku lalui aku sering meminta maaf kepada kawan-kawan ku yang ada.Apapun terima kasih menganggap aku sebagai sahabat.

No comments:

About Me

My photo
Datang Dan tgk sendiri..hehehe

U'R ALONE

U'R ALONE
THINK BOUT THAT